Wanita lahirkan anak dalam laut

Wanita lahirkan anak dalam laut

JOSY Cornelius memeluk Maui selepas melahirkan bayi itu di tengah Laut Caribbean.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANAGUA: Seorang ibu selamat melahirkan anak lelakinya semasa berenang di Laut Caribbean tanpa sebarang bantuan perubatan.

Keadaan yang sangat luar biasa itu berlaku pada pukul 2 pagi 11 September 2023 di lautan selepas Josy Cornelius, berpindah ke Nicaragua selama dua bulan untuk melahirkan anak kelimanya, Maui.

Wanita berusia 38 tahun itu percaya dengan konsep kelahiran kontroversi tersebut dan melakukannya sebanyak dua kali tanpa bantuan profesional perubatan.

“Wanita harus merancang kehamilan dan kelahiran mereka dengan cara yang sama mereka merancang perkahwinan impian mereka. Tiada jarak terlalu jauh, tiada bajet terlalu ketat, tiada idea terlalu spesifik. Ini adalah prasyarat terbaik untuk kelahiran impian,” katanya.

Cornelius turut melahirkan anak keempatnya, Bodhi pada 2022 di pantai Playa Majagual di negara sama.

Kisah kelahiran tersebut tular dan mendapat perhatian warga net selepas Cornelius berkongsi video memaparkan dirinya di samping suaminya Benni, 43 mendayung di dalam air selepas melahirkan Maui di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

“Saya merancang kelahiran Maui dengan teliti. Persediaan mengambil masa lebih 70 minggu. Bayi lautan pertama kami baru berusia lima hari apabila saya membayangkan bayi kami seterusnya akan dilahirkan di laut Caribbean.

“Kami meminta seseorang menjaga ladang kami dan kemudian bercuti selama lapan minggu di sebuah pulau untuk mengalu-alukan kelahiran anak bongsu kami di laut Caribbean,” jelasnya.

Bagaimanapun, seorang jururawat bersalin serta pengasas Mommy Labour Nurse, Liesel Teen menerusi temu bual dengan majalah Newsweek menasihatkan golongan ibu untuk mengelak kelahiran tanpa bantuan dan pengawasan kerana bimbang dengan risiko jangkitan ke atas bayi dan ibu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN