Tujuh sukarelawan WCK maut dibedil tentera Israel di Gaza

Tujuh sukarelawan WCK maut dibedil tentera Israel di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seramai tujuh anggota sukarelawan badan amal World Central Kitchen terbunuh dalam serangan kejam tentera Israel di Gaza.

Tujuh sukarelawan yang terbunuh itu merupakan warganegara Australia, Poland, United Kingdom (UK), dua warga AS dan Kanada serta Palestin.

Ketua Eksekutif World Central Kitchen, Erin Gore berkata, pasukannya melalui zon nyah konflik dengan dua kereta perisai yang ditampal logo WCK.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun sudah menyelaraskan pergerakan dengan Pasukan Pertahanan Israel (IDF), konvoi kami dibedil ketika meninggalkan gudang Deir al-Balah selepas selesai memunggah lebih 100 tan bantuan makanan kemanusiaan yang dibawa ke Gaza melalui laluan maritim.

“Ini bukan sahaja serangan terhadap WCK, ini adalah serangan ke atas organisasi kemanusiaan yang muncul dalam situasi paling mengerikan di mana makanan digunakan sebagai senjata perang. Kekejaman ini tidak boleh dimaafkan,” tegasnya.

IDF berkata, pihaknya sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap apa yang berlaku.

WCK diasaskan oleh chef selebriti, Jose Andres pada 2010 dengan menghantar tukang masak serta makanan ke Haiti selepas bencana gempa bumi melanda negara itu.

Beliau turut menzahirkan rasa sedih dan kecewa atas kematian sukarelawan badan itu ketika melaksanakan misi di Gaza.

“Israel perlu menghentikan pembunuhan yang sangat mendiskriminasi ini.

“Mereka perlu berhenti menyekat bantuan kemanusiaan, berhenti membunuh orang awam dan pekerja bantuan dan berhenti menggunakan makanan sebagai senjata supaya tiada lagi nyawa yang tidak berdosa terkorban.

“Keamanan bermula dengan kemanusiaan kita bersama. Ia perlu bermula sekarang,” katanya.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, serangan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pekerja agensi kemanusiaan antarabangsa dan menghalang mereka daripada menjalankan misi bantuan di Gaza.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini