Poland tuntut permohonan maaf, pampasan dari Israel

Poland tuntut permohonan maaf, pampasan dari Israel

DAMIEN Sobol terbunuh dalam serangan Israel ke atas kenderaan WCK di Gaza Isnin lalu.-AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Kerajaan Poland menuntut Israel memohon maaf dan membayar pampasan kepada keluarga seorang warganya yang merupakan antara tujuh pekerja bantuan yang terbunuh dalam serangan udara di Gaza awal minggu ini.

Menurut Perdana Menteri, Donald Tusk, Damian Sobol, 35, adalah pekerja bantuan badan amal World Central Kitchen (WCK) yang diasaskan chef selebriti, Jose Andres dan tinggal di bandar Przemysl, di tenggara Poland.

“Kami menjangkakan penjelasan segera tentang kejadian itu dan pampasan untuk waris mangsa,” kata Tusk dalam sidang akhbar semalam.

Presiden, Andrzej Duda turut menyertai gesaan untuk permohonan maaf, pampasan dan siasatan antarabangsa ekoran kematian Sobol dan enam lagi yang terbunuh dalam serangan itu.

Beliau turut mengkritik Duta Israel ke Poland, Yacov Livne berhubung komennya selepas insiden berkenaan.

“Pihak berkuasa di Israel bercakap dengan cara yang sangat lemah dan sensitif. 

“Malangnya, duta mereka di Poland tidak dapat mengekalkannya dan ini tidak boleh diterima,” kata Duda semasa ucapan di televisyen sempena ulang tahun Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Kementerian luar Poland memanggil Livne semalam selepas beliau mengeluarkan kenyataan di platform media sosial X miliknya, mendakwa negara itu akan sentiasa kekal dengan sikap antisemitisme.

“Sayap kanan dan kiri di Poland menuduh Israel membunuh dengan sengaja. Antisemitisme akan sentiasa kekal dengan sikap antisemitisme mereka,” kata Livne dalam catatannya di laman X.

Israel tidak mempunyai duta di Poland selama berbulan-bulan di bawah kerajaan terdahulu kerana perselisihan mengenai lawatan pendidikan Holocaust untuk pelajar Israel ke Poland dan Livne baharu sahaja dilantik semula tahun lepas.

Israel berkata, pihaknya akan berusaha menyesuaikan taktik dalam peperangan di Gaza selepas pembunuhan tujuh pekerja bantuan itu.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN