Kerugian meningkat akibat gempa bumi 6.2 magnitud di Garut,

Kerugian meningkat akibat gempa bumi 6.2 magnitud di Garut, Jawa Barat

BUPATI Tasikmalaya Ade Sugianto (kanan) meninjau rumah penduduk yang runtuh akibat gempa di Desa Singajaya, Kecamatan Cibalong, Kabupaten Tasikmalaya, Jawa Barat. semalam.-KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mendedahkan kerugian material akibat gempa bumi berukuran 6.2 magnitud di Kabupaten Garut, Jawa Barat, meningkat. 

Lapor Kompas, berdasarkan laporan Pusat Kawalan dan Operasi BNPB (Pusdalops), jumlah rumah yang terjejas mencecah 110 unit daripada sebelumnya hanya 27 unit setakat semalam.

Perincian berdasarkan tahap kerosakan termasuk tiga buah rumah rosak teruk, 21 unit rumah rosak sederhana, 34 unit rumah rosak sedikit, 11 unit rumah terjejas dan 41 unit rumah rosak. 

Menurut Ketua Pusat Data, dari jumlah berkenaan, kerosakan terbanyak terjadi di Kabupaten Garut sebanyak 41 buah rumah, Kabupaten Bandung (24), Kabupaten Sukabumi (17), Kabupaten Tasikmalaya (7) dan Kita Tasikmalaya sebanyak lima buah unit rumah.

Selain rumah, jumlah kematian akibat gempa bumi juga meningkat. 

Dirakamkan sehingga hari yang sama, terdapat lapan orang cedera akibat gempa bumi itu. 

Seramai 75 ketua keluarga (KK) terjejas, meningkat daripada sebelum ini hanya 27 keluarga. 

“Bencana gempa bumi Garut juga menyebabkan kemudahan awam rosak seperti tempat ibadat, sekolah, pejabat dan kemudahan kesihatan atau hospital,” kata penduduk yang dikenali sebagai Aam. 

Tambahnya, BPBD Provinsi Jawa Barat bersama BPBD daerah dan bandar yang terjejas masih meneruskan usaha mengumpul data dan penilaian pantas yang merangkumi inventori kerosakan dan menyelamatkan penduduk. 

BPBD kota-kota yang terkena kesan meliputi Kabupaten Garut, Kabupaten Tasikmalaya, Kota Tasikmalaya, Kabupaten Sukabumi, Kabupaten Bandung Barat, Kabupaten Ciamis, Kabupaten Bandung, Kabupaten Pangandaran, Kabupaten Sumedang, dan Kota Banjar. 

Bagaimanapun, BPBD Provinsi Jawa Barat menyatakan bahawa keadaan semasa cenderung untuk lebih buruk, namun terkawal selepas gempa bumi berlaku.

 “Tambahan, selepas usaha ini selesai, BPBD Provinsi Jawa Barat bersama-sama kabupaten dan kota merancang untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih kemudahan awam, membersihkan bahan-bahan yang terjejas akibat gempa bumi, serta membaiki rumah penduduk,” jelas Aam.

Gempa sebelum ini dilaporkan 6.2 magnitud menggegarkan kawasan Kabupaten Garut dengan pusat gempa berada di laut pada kedalaman 70 kilometer dan parameter 8.42 Lintang Selatan 107.26 Longitud Timur. 

Jika dilihat pada lokasi pusat gempa dan kedalaman hiposenter, gempa bumi yang berlaku adalah gempa bumi bersaiz sederhana akibat aktiviti ubah bentuk batuan di plat Indo-Australia yang tenggelam di bawah plat Eurasia di selatan Jawa Barat. 

Ia lebih dikenali sebagai gempa bumi intra-slab.

Hasil analisis mekanisme sumber menunjukkan bahawa gempa bumi mempunyai mekanisme pergerakan ke atas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN