Hotel kereta api tarikan baharu Singapura

Hotel kereta api tarikan baharu Singapura

LAKARAN hotel kereta api yang bakal dibuka di Singapura.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Sebuah gerabak kereta api SMRT yang sudah ditamatkan perkhidmatannya bakal diubah suai menjadi hotel butik istimewa.

Dibangunkan oleh syarikat pemula tempatan Tiny Pod dengan sokongan JTC Corporation, ia akan menjadi hotel kereta api pertama seumpamanya di Singapura.

Hotel kereta api yang menawarkan sebanyak lapan bilik itu, akan ditempatkan di LaunchPad @ one-north dan kerja-kerja pengubah suaian sudah  bermula sejak bulan lalu.

Pada bulan September ini, ia akan beroperasi sepenuhnya di tempat letak kereta di sebelah Blok 69 Ayer Rajah Crescent.

Lapor portal berita Mediacorp, pengunjung boleh menikmati kemudahan lengkap dengan bilik mandi serta panel LCD istimewa yang dipasang di dalam gerabak pemandu, menayangkan rakaman sebenar perjalanan kereta api tersebut melalui terowong.

Ruang hijau bagi rekreasi awam dilengkapi mesin-mesin layan diri, rak basikal dan kerusi kereta api yang digunakan semula sebagai bangku awam juga akan dibangunkan di sebelah hotel kereta api itu.

Selain itu, para tetamu hotel boleh berehat dengan tenang kerana Tiny Pod bekerjasama dengan syarikat pemula tempatan lain, Igloo Home, untuk menyediakan sistem kunci pintar.

“Dalam pasaran kini di mana pengguna mengutamakan pilihan-pilihan yang mesra alam, hotel seperti ini muncul sebagai tawaran yang menarik dan berbaloi. 

“Usaha kami untuk mengambil kesempatan daripada trend ini membuktikan gabungan keuntungan dan kemampanan,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tiny Pod Pte Ltd, Seah Liang Chiang.

Projek kereta api Tiny Pod adalah lanjutan kepada hotel kontena mereka di LaunchPad @ one-north yang dilancarkan pada 2020 sebelum diperluaskan ke ruang-ruang lain di kawasan bandar serta tempat awam di Taman Di Pesisiran dan Haw Par Villa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN