Dua maut, enam cedera tembakan di Memphis

Dua maut, enam cedera tembakan di Memphis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dua orang terbunuh dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di bandar Memphis di Amerika Syarikat (AS).

Tembakan itu berlaku di sebuah parti yang dihadiri kira-kira 300 orang berhampiran Taman Orange Mound di Tennessee.

“Dua orang ditemui mati di tempat kejadian, dan seorang daripada enam yang cedera berada dalam keadaan kritikal di hospital,” kata Jabatan Polis Memphis di platform media sosial X.

Polis berkata, belum ada suspek yang berjaya ditahan dan punca kes tembakan itu masih disiasat.

“Siasatan ke atas tembakan itu masih diteruskan. Jabatan kami sudah menerima rakaman video dari tempat kejadian dan sedang mengesan individu yang bertanggungjawab,” kata Ketua Polis Memphis, C.J. Davis.

Menurut Arkib Keganasan Senjata, insiden maut itu meningkatkan jumlah senarai lebih 120 tembakan besar-besaran yang dilaporkan di AS setakat tahun ini.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN