GAZA: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan besar kematian kanak-kanak di Semenanjung Gaza akibat serangan dan pengepungan berterusan Israel di wilayah itu. Lapor agensi berita Anadolu, sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak Palestin meninggal dunia akibat dehidrasi dan kekurangan zat makanan di Hospital Kamal Adwan di utara Semenanjung Gaza ketika Israel mengetatkan sekatan yang melumpuhkan di kawasan itu. “Kemungkinan lebih ramai kanak-kanak sedang bertarung nyawa di banyak kawasan lain…










