Singapura tingkat kandungan kesedaran anti dadah di sekolah

Singapura tingkat kandungan kesedaran anti dadah di sekolah

PELAJAR sekolah di Singapura.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Sekolah Singapura akan menambah kandungan kesedaran tentang bahaya dadah dalam banyak mata pelajaran berikutan peningkatan kes penyalahgunaan bahan terlarang itu yang melibatkan golongan muda di bawah umur 30 tahun.

Menurut Menteri Dalam Negeri dan Undang-undang, K Shanmugam, ketika ini kandungan anti dadah sudah diajar dalam pendidikan karakter dan kewarganegaraan (CCE) serta pelajaran sains.

Namun kerajaan menetapkan untuk memperluaskannya kepada mata pelajaran lain.

Ini termasuk Kertas Am yang baru-baru ini diwajibkan untuk pelajar di kolej rendah dan Institut Millennia.

Mulai tahun ini, Singapura juga akan mengisytiharkan hari tahunan untuk mengingati mangsa perdagangan dadah termasuk penagih dan keluarga mereka.

Lapor Channel News Asia (CNA), lanjutan pelajaran anti dadah di sekolah adalah antara tiga inisiatif yang akan dilaksanakan oleh jawatankuasa antara kementerian yang memberi tumpuan kepada pencegahan dadah dalam kalangan belia.

Jawatankuasa yang dipengerusikan Shanmugam ditubuhkan tahun lalu selepas tinjauan terhadap lebih 6,000 penduduk Singapura oleh Institut Kesihatan Mental menunjukkan umur purata orang ramai mula mengambil dadah seawal 15.9 tahun.

Majoriti responden yang mengakui mengambil dadah juga menyatakan ganja sebagai dadah terlarang pertama yang mereka ambil.

Menurut perangkaan Biro Narkotik Pusat (CNB) yang dikeluarkan pada 14 Februari lalu, jumlah penyalahguna dadah baharu yang ditahan di bawah umur 30 tahun meningkat sebanyak 20 peratus buat kali pertama sejak 2019.

Antara belia ini ialah lima remaja berusia 14 tahun, penagih paling muda yang ditahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×