Serangan Moscow: Empat lelaki dihadapkan ke mahkamah

Serangan Moscow: Empat lelaki dihadapkan ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seramai empat lelaki dituduh atas jenayah keganasan kerana melancarkan serangan di Dewan Konsert Crocus sehingga mengorbankan 137 nyawa, Ahad lalu.

Mahkamah Daerah Basmanny di Moscow menerusi kenyataan memaklumkan keempat-empat tertuduh berdepan risiko dihukum penjara seumur hidup.

Kesemua tertuduh diperintah mahkamah untuk ditahan sehingga 22 Mei depan. Bagaimanapun, tempoh itu boleh dilanjutkan bergantung kepada tarikh perbicaraan.

Dua defendan mengaku bersalah dengan seorang daripada tertuduh berasal dari Tajikistan mengaku sepenuhnya atas kesalahan terbabit.

Mahkamah menyiarkan rakaman yang menunjukkan tiga suspek dibawa ke bilik mahkamah dengan tangan digari oleh anggota polis.

Kesemua defendan kemudian diarah duduk di dalam bilik kaca yang dikhaskan.

Seorang tertuduh hadir dengan keadaan sebelah telinganya berbalut, manakala, suspek keempat pula dibawa masuk ke kamar mahkamah dengan berkerusi roda dan matanya ditutup.

Presiden Russia, Vladimir Putin tidak menolak kemungkinan pembabitan Kiev kerana kesemua individu yang ditahan cuba melarikan diri ke Ukraine, Sabtu lalu.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Amerika Syarikat (AS) menolak sebarang tuduhan mengenai pembabitan Kiev.

Serangan berkenaan menyebabkan kematian terbesar di Russia sejak awal 2000. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN