JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Indonesia mengadakan mesyuarat untuk mengumumkan keputusan pengiraan undi peringkat kebangsaan yang membabitkan pengundian di luar negara.
Hasil keputusan menunjukkan calon presiden dan naib presiden, Ganjar Pranowo dan Mahfud Md menang undi terbanyak di 12 negara.
Mesyuarat itu diadakan bersama dua panel, selain dihadiri oleh saksi dari setiap pihak calon dan parti politik serta Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu).
Lapor Detik News, pasangan Ganjar-Mahfud mendahului undian di 12 bandar antaranya The Hague, Berlin, Mexico, Buenos Aires, Addis Ababa, Brasilia, Copenhagen, Oslo, Vancouver, Ho Chi Minh, Toronto dan Ottawa.
“Ganjar-Mahfud berjaya meraih sebanyak 2,547 undi, mendahului pasangan calon lain di The Hague.
“Di Berlin pula, Ganjar-Mahfud memperoleh sebanyak 836 undi (Berlin) diikuti 264 undi (Oslo), 212 undi (Copenhagen), 111 undi (Mexico), 110 (Brasilia), 85 undi (Buenos Aires) dan 32 undi di Addis Ababa,” jelasnya.
Dalam pada itu, gandingan Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka menang undian banyak di 10 negara.
Antara bandar terlibat adalah Antananarivo, Bandar Seri Begawan, Seoul, Beijing, Dar Es Salaam, Baku, Abuja, Dili, Alger dan Astana.
Bagi pasangan Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar pula, mereka memenangi undi terbanyak di lima negara.
Lima bandar itu terdiri daripada Pretoria, Islamabad, Jeddah, Muscat, Abu Dhabi, Songkhla, Damascus, Khartoum dan Ankara.
Bagaimanapun, kiraan undi bagi Abu Dhabi dan Ankara masih belum diluluskan lagi kerana terdapat pertikaian antara saksi.










