Nikki Haley menang pemilihan di Washington

Nikki Haley menang pemilihan di Washington

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon Presiden Republikan, Nikki Haley memenangi pemilihan peringkat utama parti itu di Washington, kejayaan pertamanya dalam proses pencalonan yang bermula sejak Januari lalu.

Keputusan tersebut diumumkan Edison Research, sekali gus menjadi kemenangan simbolik kepada bekas Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu yang juga satu-satunya pencabar bekas Presiden, Donald Trump.

Haley berjaya memenangi 62.9 peratus undian dalam perlumbaan itu berbanding Trump yang memperoleh 33.2 peratus undi.

“Tidak menghairankan penyokong Republikan di Washington yang sering diherdik Trump menolak beliau dan semua kekacauannya,” kata jurucakap kempen Haley, Olivia Perez-Cubas dalam satu kenyataan.

Haley adalah wanita pertama yang memenangi pemilihan utama Republikan dalam sejarah AS.

Beliau akan memilih 19 perwakilan berikutan kemenangannya di Washington, sebahagian kecil daripada 1,215 perwakilan yang diperlukan untuk merangkul pencalonan.

Beliau berdepan jalan sukar dalam usahanya memenangi pencalonan Republikan untuk bersaing dengan calon Demokrat, Presiden Joe Biden pada pilihan raya November ini.

Trump memenangi lapan pertandingan pencalonan utama dengan margin yang ketara sebelum tewas kepada Haley di ibu negara AS itu.

Berdasarkan tinjauan pendapat, bekas presiden itu juga dijangka memenangi hampir semua pertandingan pencalonan dalam beberapa minggu akan datang.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN