Lebih separuh penduduk Gaza di ambang kebuluran

Lebih separuh penduduk Gaza di ambang kebuluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bank Dunia memberi amaran mengenai nasib lebih separuh penduduk Gaza yang kini berada di ambang kebuluran susulan kekurangan bekalan makanan. 

Selepas hampir enam bulan serangan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin, bank yang beribu pejabat di Washington itu menggesa tindakan segera bagi mengelakkan angka kematian melonjak akibat kebuluran dalam tempoh dua bulan akan datang. 

Data itu dikeluarkan selepas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Israel memberikan akses segera tanpa syarat bagi penghantaran bantuan menerusi laluan darat. 

“Saya menyeru pihak berkuasa Israel untuk memastikan akses lengkap dan tidak terhalang bagi laluan kemanusiaan di seluruh Gaza. 

“Tinjauan mendapati trend yang sangat membimbangkan dengan hampir semua isi rumah tidak dapat makan setiap hari dan sebahagian besar kanak-kanak berusia bawah dua tahun mengalami kekurangan zat makanan,” kata laporan itu, memetik The Guardian.   

Hasil kemaskini bank itu mendapati daripada 2.3 juta penduduk Gaza, 1.1 juta adalah dalam kategori berisiko tinggi mengalami kekurangan zat makanan. 

Sebanyak 854,000 orang lagi bersamaan 38 peratus berada dalam kategori kecemasan dengan tindakan segera diperlukan bagi menyelamatkan nyawa mereka. 

Baki 12 peratus adalah kategori ketiga iaitu berada dalam situasi krisis.  

Menurut Bank Dunia, kebuluran yang diunjurkan boleh berlaku pada bila-bila masa antara tempoh sekarang sehingga penghujung Mei depan. 

Malah, keadaan diburukkkan oleh beberapa faktor termasuk permusuhan berterusan, kerosakan infrastruktur yang meluas dan akses kemanusiaan yang terhad sekaligus menghalang penghantaran bekalan dan perkhidmatan penting. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya