Lelaki peluk 1,123 pokok sejam di Alabama

Lelaki peluk 1,123 pokok sejam di Alabama

ABUBAKAR Tahiru memeluk 1,123 pokok di Hutan Negara Tuskegee, Alabama. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALABAMA: Seorang lelaki Ghana yang mengikuti pe­ngajian perhutanan di Alabama mencipta rekod dunia iaitu pokok paling banyak dipeluk dalam masa sejam apabila dia berjaya memeluk 1,123 pokok di Hutan Negara Tuskegee.

Lapor UPI, Abubakar Tahiru, 29, mula berminat dengan pemuliharaan alam semula jadi semasa membesar dalam komuniti petani di Tepa, Ghana.

Dia sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perhutanan di Universiti Auburn.

Percubaan rekod itu memerlukan kedua-dua tangannya memeluk di setiap pokok dalam tanpa menyebabkan sebarang kerosakan pada pokok itu.

Tiada pokok boleh dipeluk lebih daripada sekali, memerlukan Tahiru bergerak pantas di antara setiap pelukan.

Tahiru sedang berpuasa untuk Ramadan pada masa percubaan rekodnya itu.

“Tidak dapat minum air sepanjang percubaan itu me­nimbulkan cabaran yang ke­tara, terutamanya memberikan tenaga fizikal yang diperlukan.

“Bagaimanapun, ini juga terbukti membantu dalam satu cara kerana tidak perlu berhenti seketika untuk minum air, membolehkan saya meneruskan percubaan tanpa gangguan dari awal hingga akhir,” katanya kepada Guinness World Records.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN