NEW YORK: Pekerja Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan New York (MTA) dipuji kerana memulangkan semula beg mengandungi wang tunai AS$30,000 (RM143,392) kepada pemiliknya. Penolong Konduktor, Christopher Nocito berkata, dia menjumpai beg itu tertinggal di dalam kereta api Long Island Rail Road (LIRR) menuju ke Ronkonkoma. “Saya mendapati beg itu penuh dengan wang tunai. “Saya diberitahu ada AS$30,000 di dalamnya. Saya sebenarnya tidak mengiranya ketika menjumpainya,” kata Nocito kepada WABC-TV. Detektif, Kristin…










