Syarikat beri bonus jika pekerja dapat anak

Syarikat beri bonus jika pekerja dapat anak

LEE Joong-keun (tengah) menyampaikan bonus wang tunai kepada keluarga pekerjanya semasa majlis Tahun Baharu di ibu pejabat di Seoul, Korea Selatan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sebuah syarikat pembinaan di Korea Selatan sanggup mengeluarkan bayaran bonus  berjumlah jutaan won kepada pekerjanya demi membantu memperbaiki kadar kelahiran yang sangat rendah di negara itu.

Lapor CNN, Kumpulan Booyoung yang berpangkalan di Seoul menawarkan bayaran sehingga 100 juta won (RM358,569) kepada pekerjanya setiap kali mereka menerima kelahiran bayi

Menurut kenyataan media Isnin lalu, syarikat tersebut juga bersetuju membayar sejumlah tujuh bilion won (RM25.1 juta) secara tunai kepada pekerjanya membabitkan sejumlah 70 kelahiran bayi sejak 2021.

Menurut Pengerusi Kumpulan Booyoung, Lee Joong-keun, faedah berkenaan akan diberikan kepada kedua-dua pekerja lelaki dan wanita.

Jelas beliau, inisiatif itu dibuat bertujuan meringankan beban kewangan pekerjanya untuk membesarkan anak-anak melalui sokongan kewangan secara langsung.

“Saya harap kami akan diiktiraf sebagai syarikat yang menyumbang kepada kelahiran dan bantu mengurangkan kebimbangan mengenai masa depan negara,” katanya.

Tambahnya, pekerja yang mempunyai tiga anak akan diberi pilihan khas untuk menentukan faedah yang ingin mereka terima.

“Mereka boleh memilih antara menerima 300 juta won (RM1.08 juta) secara tunai atau perumahan sewa jika kerajaan menawarkan tanah untuk pembinaan,” katanya.

Inisiatif syarikat itu muncul selepas Korea Selatan merekodkan kadar kesuburan terendah di dunia mencecah 0.78 peratus dan dijangka turun kepada 0.65 peratus pada 2025.

Menurut Jabatan Statistik Korea Selatan, jumlah penduduk negara itu juga dijangka menurun daripada 51.75 juta pada 2024 kepada 36.22 juta, tahap yang tidak pernah dilihat sejak 1977.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN