Pyongyang lancar beberapa peluru berpandu di pantai timur

Pyongyang lancar beberapa peluru berpandu di pantai timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara dilaporkan melancarkan beberapa peluru berpandu jelajah hari ini, kata tentera Seoul.   

Pelancaran itu merupakan sebahagian daripada rentetan ujian senjata tahun ini yang disertai retorik semakin agresif daripada pemimpin Kim Jong Un.

Setakat tahun ini, Jon Un mengisytiharkan Korea Selatan sebagai ‘musuh utama’ negaranya dan mengancam untuk berperang ‘walaupun 0.0001 milimeter (mm)’ pelanggaran wilayah.

Pyongyang juga meningkatkan ujian senjatanya termasuk peluru berpandu jelajah, ‘sistem senjata nuklear bawah air’ dan peluru berpandu balistik hipersonik.

“Pasukan tentera kami mengesan beberapa peluru berpandu jelajah yang tidak diketahui di perairan timur laut Wonsan sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan).

“Pihak berkuasa perisikan Korea Selatan-Amerika Syarikat (AS) kini  sedang menjalankan analisis terperinci,” kata Ketua Turus Bersama menerusi kenyataan.

Tambah kenyataan, pasukan tenteranya ketika ini sedang meningkatkan pengawasan dan memantau rapat sebarang tanda atau aktiviti tambahan dari Korea Utara.  

Pada awal minggu ini, Korea Utara mengumumkan menguji sistem kawalan pelancar berganda baharu yang mampu menambah baik keupayaan pertahanannya.

Pelancaran peluru berpandu jelajah itu mencetuskan spekulasi daripada pakar bahawa negara itu sedang menguji senjata sebelum menghantarnya ke Moscow untuk digunakan di Ukraine. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN