ICJ: Qatar tegas Israel lakukan `perang genosid' di Gaza

Perbicaraan ICJ: Qatar tegas Israel lakukan `perang genosid’ di Gaza

SESI pendengaran awam berhubung pendudukan haram Israel di wilayah Palestin yang diadakan di ICJ, The Hague, Belanda. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Qatar menegaskan Israel melakukan perang genosid terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Perkara itu ditegaskan oleh diplomat kanan Qatar, Mutlaq al-Qahtani pada hari kelima sesi pendengaran awam yang berlangsung di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.

Beliau menyifatkan jenayah itu merupakan ancaman kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Perkara itu ditegaskan oleh diplomat kanan Qatar, Mutlaq al-Qahtani pada hari kelima sesi pendengaran awam yang berlangsung di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.

“Sememangnya, perang genosid Israel terhadap penduduk Gaza menunjukkan situasi di Palestin adalah ancaman kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa,” katanya.

Ketika menyampaikan ketegasan itu, wakil Qatar menyatakan juri ICJ mempunyai mandat jelas dan tanggungjawab untuk memulihkan situasi berkenaan.  

“Kredibiliti perintah undang-undang antarabangsa bergantung kepada pendapat anda semua,” katanya kepada barisan juri.  

Dilaporkan, ICJ sedang mendengar hujah dibentangkan lebih 50 negara mengenai kesan undang-undang berhubung pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.

Pada sesi pendengaran awam itu, Mutlaq turut menekankan bahawa undang-undang antarabangsa harus dipatuhi dalam apa jua keadaan.

“Ia harus terpakai kepada semua dan perlu ada akauntabiliti terhadap semua jenis pelanggaran.    

“Namun, selama lebih 75 tahun, penderitaan rakyat Palestin dianggap sebagai pengecualian kepada undang-undang antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Mutlaq berkata, Qatar juga menolak sikap `double standard’ yang diamalkan apabila undang-undang antarabangsa membabitkan isu pendudukan haram Israel di wilayah Palestin hanya  terpakai kepada pihak tertentu dan bukannya semua.

“Sesetengah kanak-kanak dianggap layak untuk dilindungi manakala beribu-ribu yang lain pula terbunuh.

“Qatar menolak sikap double standard demikian. Undang-undang antarabangsa harus dipatuhi dalam apa jua keadaan dan harus terpakai kepada semua pihak,” katanya.

Tambah Mutlaq, Israel melaksanakan `rejim apartheid’ untuk mengekalkan penguasaan Yahudi ke atas Palestin.

Beliau juga menegaskan pendudukan Israel adalah `haram’ kerana ia mencabul hak rakyat Palestin yang berhak menentukan nasib mereka sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN