JAKARTA: Seorang pegawai jawatankuasa pusat pengundian dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat keletihan melampau selepas bekerja untuk tempoh panjang pada pilihan raya umum Indonesia (Pemilu) semalam. Lapor Detik News, pegawai dikenali sebagai Supardi meninggal dunia di Hospital Dradjat di wilayah Serang. Dilaporkan, Supardi bertugas di pusat pengundi daerah Cikeusal, wilayah Serang. Supardi dikejarkan ke pusat kesihatan itu setelah muntah darah dan hampir pitam ketika sedang bertugas di pusat mengundi tersebut. Pegawai…










