Pelampau Yahudi halang trak bantuan ke Gaza

Pelampau Yahudi halang trak bantuan ke Gaza

KEADAAN trak bantuan UNRWA yang rosak diserang tentera Israel.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASHDOD: Ketika penduduk Gaza berdepan masalah kebuluran dan kekurangan air bersih yang teruk, kumpulan pelampau Yahudi di Israel sengaja mengeruhkan lagi keadaan apabila dilaporkan meneruskan tindakan menyekat bantuan kemanusiaan memasuki wilayah terkepung itu. 

SEKAT BANTUAN

Lapor agensi berita Anadolu, kumpulan peneroka haram itu berkumpul berhampiran Pelabuhan Ashdod, kira-kira 38 kilometer di utara Semenanjung Gaza.

Kumpulan itu bertindak menghentikan trak yang berlepas dari pelabuhan, memeriksa dokumen dan kargo untuk menentukan kandungan dan destinasi sambil disaksikan anggota polis.

Seorang penduduk Yahudi di Baitulmuqaddis yang hanya dikenali sebagai Sharon berkata, dia datang bersama keluarganya untuk menghalang trak daripada membekalkan oksigen kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.

Walaupun amaran oleh kumpulan hak asasi manusia dan agensi bantuan bahawa malapetaka kemanusiaan sedang berlaku di Gaza, lelaki itu mendakwa bantuan dibawa konvoi UNRWA termasuk makanan dan bahan api hanya akan dibekalkan kepada Hamas.

“Mengapa kita perlu menghantar makanan dan bahan api ke Gaza? Ia bukan perkara biasa. Orang itu menembak kita,” katanya.

Sharon turut mendakwa selepas serangan rentas sempadan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober, orang di Gaza keluar ke jalanan dan meraikannya.

“Mereka tidak sedih dengan apa yang berlaku. Mereka tidak suka kita, jadi sekarang masa untuk membalas dendam,” tambahnya.

Ditanya mengenai gesaan di Israel untuk menubuhkan penempatan haram Yahudi di Semenanjung Gaza, Sharon mendakwa kawasan itu adalah milik mereka.

 “Kami akan sangat gembira jika ada penempatan di Gaza. Gaza adalah sebuah bandar Yahudi 2,000 tahun dahulu.” dakwanya.

Pelampau Yahudi tersebut turut menganjurkan protes menghalang bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Semenanjung Gaza untuk penduduk Palestin yang menghadapi kelaparan, kekurangan air bersih dan tempat tinggal.

Menurut tinjauan oleh televisyen Saluran 12 Israel, 72 peratus rakyat Israel menentang penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza tanpa pembebasan tawanan Israel dari Semenanjung Gaza.

SERANG KONVOI BANTUAN

Dalam pada itu, Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mendedahkan gambar konvoi bantuan kemanusiaan yang terkena tembakan tentera laut Israel pada Isnin.

Gambar yang dikongsi Pengarah Hal Ehwal UNRWA Gaza, Thomas White di platform X memaparkan sebuah trak yang rosak dengan kapsyen kenderaan itu terkena tembakan tentera laut tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Pengarah Komunikasi UNWRA, Juliette Touma memaklumkan kejadian itu merupakan kali ketiga konvoi PBB terdedah kepada serangan semasa menghantar bekalan ke utara Gaza.

Dalam pada itu, pihak UNWRA menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini yang dalam rangka lawatan ke tiga negara Teluk minggu ini, berusaha mendapatkan sokongan selepas penangguhan dana utama oleh penderma berikutan dakwaan Israel bahawa beberapa kakitangan UNRWA terlibat dalam serangan pada 7 Oktober lalu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN