GAZA CITY: Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Itamar Ben-Gvir didakwa mengarahkan askarnya menembak wanita dan kanak-kanak Palestin di Gaza untuk melindungi pasukan tentera.
Berdasarkan laporan media Israel, Ketua Tentera, Leftenan Jeneral Halevi Halevi mendakwa, arahan menembak di kawasan sempadan diubah suai mengikut arahan pegawai di lapangan setiap hari.
Bagaimanapun, Ben-Gvir menegaskan agar tidak terpedaya dengan taktik Hamas yang didakwa menggunakan wanita dan kanak-kanak.
“Anda tahu bagaimana musuh kita beroperasi. Mereka akan menguji kita, mereka akan menghantar wanita dan kanak-kanak yang akhirnya akan menjadi pensabotaj.
“Askar tahu kerumitannya dan jika kita tidak menyelaras arahan, kita akan menyaksikan peristiwa askar menembak anggota lain,” katanya.
Ben-Gvir juga menegaskan tentera Israel tidak harus gentar dengan wanita atau kanak-kanak Palestin yang menjadi ancaman.
“Sesiapa yang menghampiri untuk membahayakan keselamatan masing-masing harus mesti menerima padahnya,” katanya.
Menurut Kementerian Kesihatan dikendalikan Hamas, sekurang-kurangnya 28,473 penduduk Palestin terbunuh dan 68,146 lagi cedera akibat pengeboman berterusan Israel di Gaza sejak perang meletus pada 7 Oktober tahun lalu. – AGENSI











