Kajian DNA kesan sindrom down dalam kalangan manusia purba

Kajian DNA kesan sindrom down dalam kalangan manusia purba

ENAM kes sindrom down dan satu kes sindrom Edward ditemukan dalam DNA manusia purba. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Satu kajian baharu berdasarkan asid deoksiribonukleik (DNA) rangka manusia purba mendedahkan masalah sindrom down sudah berlaku dalam kalangan golongan itu sejak beribu-ribu tahun lalu.

Masalah kecacatan itu bukan sahaja wujud, malah dilaporkan bayi yang mengalami sindrom down sering dikebumikan secara berhati-hati oleh komuniti mereka.  

Lapor UPI News, menurut penyelidik, kajian itu menunjukkan orang purba yang mengalami sindrom down masih diterima sebagai sebahagian komuniti walaupun mereka berbeza.   

Kata penyelidik, enam kes sindrom down dan satu kes sindrom Edward ditemukan dalam DNA manusia purba yang masih hidup dan tinggal di Sepanyol, Bulgaria, Finland dan Greece sejak 4,500 tahun lalu.

Keputusan itu diperoleh daripada kajian DNA membabitkan kira-kira 10,000 manusia purba dalam mengesan masalah trisomi autosomal.    

Jelas penyelidik, kesemua kes itu dikesan pada pengebumian bayi yang berbeza dari segi budaya dan tempoh masa.

“Dengan menggunakan model statistik baharu, kami menyaring DNA yang diekstrak daripada tinggalan manusia dari zaman Mesolitik, Neolitik, Gangsa dan Besi sehingga pertengahan 1800an.

“Walaupun kami menjangkakan penghidap sindrom down sememangnya wujud pada masa lalu, ini adalah kali pertama kami dapat mengesan kes demikian pada mayat manusia purba.

“Ia disebabkan mereka tidak boleh didiagnosis secara tepat dengan hanya melihat pada sisa rangka sahaja,” kata ketua penyelidik dari Universiti Adelaide di Australia, Adam Rohrlach.

Tambah penyelidik, model statistik yang digunakan untuk kajian itu mampu mengenal pasti apabila sampel individu mempunyai kira-kira 50 peratus terlalu banyak DNA yang diperoleh daripada satu kromosom.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN