SANAA: Kumpulan Houthi berpangkalan di Yaman mengesahkan pasukannya melancarkan beberapa peluru berpandu balistik menyasarkan bandar Eilat di Israel. Malah, kumpulan disokong Iran itu juga mengancam untuk meneruskan operasi ketenteraan sehingga rejim Zionis itu menamatkan serangannya di Gaza. Jurucakap Houthi, Yahya Sarea berkata, pasukannya menyerang beberapa `sasaran khusus’ di bandar itu untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang berdepan perang. “Angkatan tentera Yaman tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan operasi ketenteraan selanjutnya…










