MOSCOW: Sebuah helikopter Mi-8 milik kementerian Situasi Kecemasan Russia dilaporkan terhempas di dalam sebuah tasik di utara wilayah Karelia.
Menurut kementerian, nahas itu mengorbankan ketiga-tiga kru yang berada di dalam helikopter tersebut.
“Pesawat itu dalam penerbangan latihan. Helikopter itu dikendalikan oleh kru berpengalaman yang mempunyai ribuan jam penerbangan,” kata kementerian melalui aplikasi Telegram.
Dilaporkan, helikopter itu hilang dari radar pada lewat semalam.
Bangkai helikopter itu ditemukan kira-kira 11 kilometer (km) dari pantai Tasik Onega pada kedalaman 50 meter.
Jelas kementerian itu, pasukan penyelam dan sebuah kenderaan bawah air kawalan jauh dikerahkan dalam operasi tersebut.
Sementara itu, agensi berita TASS melaporkan Gabenor wilayah Artur, Parfenchikov mengesahkan kesemua kru helikopter itu meninggal dunia.
Wilayah Karelia terdiri daripada dua bahagian iaitu wilayah Karelia Finland dan Karelia Republik Russia di bahagian barat laut Russia, antara Laut Putih dan Laut Baltik, lokasi helikopter itu terhempas. – REUTERS










