Gigi palsu Sir Winston Churchill dilelong £18,000

Gigi palsu Sir Winston Churchill dilelong £18,000

GIGI palsu emas Sir Winston Churchill yang dilelong kepada orang awam. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gigi palsu emas yang dipakai bekas Perdana Menteri Britain, Sir Winston Churchill dilelong dengan harga £18,000 (RM108,335.07).

Set enam gigi palsu direka bagi memelihara rupa bentuk semula jadi gigi Churchill sewaktu perang dunia kedua.

Set yang dilelong itu dibuat untuknya ketika berusia 65 tahun pada awal konflik.

Gigi palsu dikatakan sangat pen­ting baginya dan dilaporkan Churchill membawa dua set gigi palsu bersamanya pada setiap masa.

Syarikat Lelong Cotswold yang mengendalikan penjualan itu berkata, gigi itu diperoleh pada harga £18,000, lebih dua kali ganda daripada harga panduan sebanyak £8,000 (RM48,149.473).

Pengarah syarikat itu, Liz Poole berkata, gigi palsu ber­kenaan adalah antara barangan paling luar biasa yang tidak pernah mereka jual.

“Kami benar-benar gembira dengan minat antarabangsa dalam penjualan gigi palsu Churchill dan memorabilia lain termasuk bidaan telefon daripada pengumpul di Amerika Syarikat dan United Kingdom,” katanya.

Churchill yang membimbing Britain melalui Perang Dunia Kedua selepas menggantikan Neville Chamberlain sebagai Perdana Menteri pada 1940, mengalami masalah gigi hampir sepanjang hidupnya dan kehilangan beberapa gigi pada usia 20-an.

Lapor Guardian, dipercayai empat set gigi dicipta untuk­nya dan sekurang-kurangnya satu set dikebumikan bersama-samanya.

Bekas Perdana Menteri Bri­tain itu juga memakai gigi palsu ketika berucap di Woodstock, England, pada 4 Ogos, 1947. 

Churchill menawarkan bantuan kepada kerajaan British satu pinjaman baharu dengan syarat rakyat Britain bekerja lebih lama dan rajin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN