Doktor mogok diberi masa akhir bulan kembali bekerja

Doktor mogok diberi masa akhir bulan kembali bekerja

DOKTOR pelatih berarak menuju ke Pejabat Presiden Korea Selatan untuk membantah polisi perubatan kerajaan di Seoul. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kerajaan Korea Selatan memberi tempoh sehingga akhir bulan ini kepada doktor pelatih yang mogok untuk kembali bekerja atau berisiko dikenakan tindakan tatatertib kerana mengadakan protes.  

Protes yang berlangsung selama seminggu mengganggu perkhidmatan pesakit di beberapa hospital utama di negara itu.

Data rasmi menunjukkan lebih 10,000 doktor muda iaitu 80.5 peratus daripada tenaga kerja pelatih, meletakkan jawatan secara beramai-ramai.

Peletakan jawatan itu dibuat sebagai bantahan terhadap pembaharuan latihan perubatan ketika kerajaan merancang menggunakan doktor tentera untuk mengatasi kekurangan.

Protes itu memaksa hospital untuk mengelak memeriksa pesakit dan membatalkan prosedur.

“Selepas mengambil kira situasi ketika ini, kerajaan membuat gesaan demikian,” kata Menteri Keselamatan, Lee Sang-min semasa merasmikan  mesyuarat pasukan petugas.

Kata beliau, keadaan huru hara di hospital semakin memuncak dan perkhidmatan kecemasan sudah mencapai `tahap berbahaya’.

“Jika anda kembali berkhidmat di hospital sebelum 29 Februari ini, anda tidak akan dikenakan tindakan atas apa yang berlaku.

“Justeru, kami menggesa anda kembali bekerja dan ingatlah suara anda akan didengari,” katanya.      

Setakat kelmarin, sekurang-kurangnya 9,006 doktor pelatih tidak hadir bekerja.

Sebelum ini, kerajaan memberi amaran boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor yang gagal mematuhi perintah kembali bekerja termasuk berdepan tindakan undang-undang, penahanan dan pelucutan lesen perubatan mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN