COLUMBIA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memenangi pemilihan utama Demokrat di Carolina Selatan, perlumbaan pertama yang dibenarkan secara rasmi pada musim penamaan parti itu dengan keputusan awal menyaksikan beliau mendominasi dua calon lain. Menurut unjuran Edison Research, walaupun Biden, 81, menghadapi sedikit tentangan, undian itu diperhatikan dengan teliti di tengah-tengah kebimbangan mengenai popularitinya terutamanya dengan pengundi kulit hitam. Biden memenangi kira-kira 33,000 undi atau 97 peratus daripada jumlah yang…










