Belanda diarah henti hantar alat ganti jet F-35 kepada Israel

Belanda diarah henti hantar alat ganti jet F-35 kepada Israel

JET pejuang F-35 kemnbali ke pangkalan tentera udara Denmark. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Belanda diarahkan untuk berhenti menghantar alat ganti jet pejuang F-35 yang digunakan oleh tentera Israel dalam perang di Gaza.

Arahan itu dikeluarkan oleh sebuah mahkamah di Belanda selepas memutuskan terdapat `risiko jelas’ pesawat pejuang yang terlibat melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Mahkamah Rayuan di The Hague mengekalkan permohonan rayuan dibuat oleh sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Kumpulan itu menegaskan langkah membekalkan alat ganti jet pejuang itu dianggap menyumbang kepada tindakan Israel yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dalam perangnya dengan Hamas.

“Justeru, mahkamah mengarahkan Belanda menghentikan semua eksport dan penghantaran alat ganti F-35 ke Israel dalam tempoh tujuh hari selepas penghakiman ini dikeluarkan.

“Terdapat risiko jelas bahawa wujudnya pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan dilakukan di Semenanjung Gaza dengan pesawat pejuang F-35 Israel,” jelas hakim. 

Alat ganti F-35 milik Amerika Syarikat (AS) disimpan di sebuah gudang di Belanda dan kemudian dihantar ke beberapa negara rakan kongsi termasuk Israel melalui perjanjian eksport sedia ada.

Disember tahun lalu, Mahkamah Daerah di The Hague memaklumkan langkah membekalkan alat ganti jet pejuang itu pada asasnya merupakan keputusan politik yang tidak boleh diganggu oleh hakim.  

Namun, mahkamah rayuan membatalkan keputusan itu dengan menyatakan Belanda harus melarang eksport barangan tentera sekiranya terdapat risiko pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan.

Sementara itu, Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan menyuarakan kebimbangan mengenai pelan Zionis yang mahu melancarkan serangan darat di Rafah.

Beliau memberi amaran mana-mana pihak yang melanggar undang-undang antarabangsa akan dipertanggungjawabkan.

Karim menerusi kenyataan disiarkan di aplikasi X menegaskan siasatan dijalankan oleh pejabatnya terhadap situasi di Gaza sedang dibawa ke hadapan sebagai perkara yang amat penting.

“Saya amat bimbang dengan insiden pengeboman dan potensi serangan darat dilancarkan oleh tentera Israel di Rafah,” katanya.

Pada tahun 2021, ICC membuka siasatan ke atas Israel serta hamas untuk kemungkinan jenayah perang di wilayah Palestin.   

Karim sebelum ini berkata, siasatan itu kini diperluaskan kepada peningkatan keganasan sejak serangan yang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini