Bawaslu siasat dakwaan beli, jual kertas undi di Malaysia

Bawaslu siasat dakwaan beli, jual kertas undi di Malaysia

KAKITANGAN pusat mengundi dan pemerhati dari parti politik mengira kertas undi pilihan raya umum Indonesia, di Kuala Lumpur. - ANTARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pusat Penguatkuasaan Undang-Undang Bersepadu (Gakkumdu) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujudnya amalan membeli dan menjual kertas undi pilihan raya Indonesia di Malaysia.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu), Rahmat Bagja dalam satu sidang akhbar.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Ia masih dalam siasatan dan kami tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut mengenainya,” katanya sepertimana dilaporkan portal Antara.

Jelas Rahmat, kes siasatan itu bermula selepas video mengenai dakwaan berkenaan tersebar dalam talian. 

Sebuah pertubuhan masyarakat sivil yang fokus pada usaha memperjuangkan isu pekerja asing Indonesia, Migrant CARE melaporkan kes itu kepada Bawaslu.

Sementara itu, kakitangan Migrant CARE, Muhammad Santosa mendakwa pada 20 Februari lalu seorang ejen menjual kertas undi yang diambil dari peti surat di sebuah pangsapuri di Malaysia.

Pangsapuri itu menjadi tempat tinggal kebanyakan warga Indonesia.

“Mereka menggeledah peti surat dan mengumpul kertas undi kemudian meletakkannya di tempat lain,” katanya.

Dakwanya, kertas undi itu dijual antara harga RM25 hingga RM50 dan disasarkan kepada calon dalam Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 pada 14 Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN