Kes Covid-19 Singapura tertinggi tahun ini - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 Singapura tertinggi tahun ini

PARA penumpang mengenakan pelitup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Changi Terminal 4 di Singapura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Purata jumlah harian pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital di republik ini dilaporkan naik mendadak.

Data terbaharu Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menunjukkan hampir 600 orang dimasukkan ke hospital sehari akibat Covid-19 berbanding 350 orang pada minggu sebelumnya.

Lebih 80 peratus kesemua pesakit tersebut adalah golongan berusia atas 60 tahun dan ke atas.

Secara keseluruhannya, bagi minggu ini, seramai 965 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital, meningkat dari 763 pada minggu sebelumnya.

Pada minggu ini juga, seramai 32 orang perlu dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU), berbanding 23 pada minggu lalu.

Jumlah mingguan bagi pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital dan perlu dimasukkan ke ICU adalah yang tertinggi tahun ini.

Bilangan kes Covid-19 dalam masa seminggu antara 10 hingga 16 Disember pula dianggarkan meningkat kepada 58,300 iaitu kenaikan 4 peratus berbanding seminggu lalu.

Sehubungan itu, MOH turut menggesa orang ramai supaya pakai pelitup muka apabila berada di tempat ramai orang.

Sementara itu, MOH juga mengumumkan mulai 19 Disember, pihaknya akan memberi perkembangan harian mengenai kes Covid-19 di laman webnya bagi memberi maklumat terkini semasa tempoh lonjakan kes ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN