Cuaca bawah paras beku di UK cetus gangguan perjalanan

Cuaca bawah paras beku di UK cetus gangguan perjalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Suhu jatuh di bawah paras beku di beberapa bahagian di United Kingdom (UK) dengan salji setebal lebih 15 sentimeter menyebabkan gangguan perjalanan yang serius kepada penduduk.

Amaran cuaca kuning untuk salji dan ais berkuat kuasa di barat laut England, Midlands, selatan dan sebahagian Wales serta Scotland.

Lapor BBC, beberapa pemandu di Cumbria turut terperangkap tanpa makanan dan air melebihi 19 jam.

Sementara itu, suhu dilaporkan mencecah -12 darjah Celsius di Scotland.

“Insiden besar diisytiharkan di Cumbria selepas salji lebat dengan polis menggesa orang ramai untuk tidak melakukan perjalanan sepanjang hari ini melainkan kecemasan.

“Beberapa pemandu di kawasan itu bermalam di penginapan sementara atau terperangkap di dalam kereta,” jelas laporan itu.

Amaran kesihatan dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Kesihatan UK di lima wilayah di England dengan amaran kuning ditetapkan untuk empat kawasan lagi sehingga 5 Disember.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya