Cincin berlian milik wanita Malaysia yang hilang sudah ditemukan semula - Utusan Malaysia

Cincin berlian milik wanita Malaysia yang hilang sudah ditemukan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Cincin berlian bernilai lebih AS$800,000 (RM3.73 juta) milik seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang didakwa dicuri Jumaat lalu di hotel Ritz di Paris, sudah ditemui.

Hotel berkenaan melaporkan, pihak keselamatannya menemui cincin berkenaan di dalam beg pembersih hampagas.

Akhbar Le Parisien menyatakan penemuan itu tidak mencukupi untuk menghilangkan keraguan mengenai apa yang berlaku, namun hotel itu menyatakan pelanggannya gembira dengan berita itu.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan di Ritz Paris yang mengerahkan pencarian ini dan bekerja setiap hari dengan penuh integriti dan profesionalisme,” katanya kepada Le Parisien.

Pelanggan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai ahli perniagaan wanita Malaysia, memberitahu polis beliau meninggalkan cincin itu di atas meja pada Jumaat lalu untuk pergi membeli-belah di bandar selama beberapa jam.

Bagaimanapun, apabila dia kembali ke biliknya, cincin berkenaan sudah hilang.

Sehari selepas aduan dibuat, hotel berkenaan memaklumkan masih menjejaki semua petunjuk.

Polis meneruskan siasatan dan pendakwa raya bersedia untuk meneruskan kes itu, jika disyaki menjurus kepada kes kecurian kelas atasan.

“Kami bercakap tentang kerugian besar,” menurut sumber dengan pendakwa raya bandar itu kepada Le Parisien.

Ini bukan kali pertama kejadian sumpamanya berlaku di hotel terkenal di Place Vendôme itu.

Seorang ahli keluarga diraja Saudi yang tidak disebutkan namanya melaporkan kecurian barang kemas bernilai kira-kira 800,000 euro  (RM4 juta) dari suitenya pada 2018.

Beberapa bulan sebelumnya juga, lima lelaki bersenjata melarikan barang kemas bernilai lebih 4 juta euro dari hotel berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya