Chennai bergelut hadapi banjir - Utusan Malaysia

Chennai bergelut hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENNAI: Siklon yang melanda pantai selatan India awal minggu ini menyebabkan bandar Chennai dilanda banjir dan bergelut untuk kembali pulih.

Isnin lalu, kira-kira 24 sentimeter hujan turun di Chennai dan pihak berkuasa kini berusaha membersihkan air banjir dari rumah dan jalan di pinggir bandar.

Sesetengah penduduk berkata, mereka tidak dapat mengakses keperluan asas dan mengalami gangguan bekalan elektrik yang kerap.

Sekurang-kurangnya 18 orang maut di Tamil Nadu ekoran banjir yang melanda kawasan itu

Siklon Michaung yang mendarat di Andhra Pradesh turut menyebabkan seorang kanak-kanak terbunuh serta mencetus kerosakan tanaman yang teruk sebelum menjadi lemah.

Pakar memberi amaran banyak bandar di India tidak bersedia untuk menghadapi kejadian cuaca ekstrem berikutan pembinaan yang tidak terkawal dan perancangan bandar yang lemah.-AGENSI

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.