Bekas tebusan akui tidak takut dengan Hamas, sebaliknya takut dibunuh tentera Zionis - Utusan Malaysia

Bekas tebusan akui tidak takut dengan Hamas, sebaliknya takut dibunuh tentera Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Sebuah helikopter tentera Israel melepaskan tembakan ke arah tebusan Israel yang ditahan Hamas pada 7 Oktober ketika dalam perjalanan ke Gaza, menurut satu rakaman audio yang bocor, mendedahkan ketakutan tebusan yang mungkin terbunuh dalam serangan Israel, bukannya Hamas.

Audio itu diterbitkan di laman berita Israel Ynet, mendakwa berlaku pertemuan pada Selasa lalu antara bekas tebusan, ahli keluarga tebusan yang masih ditahan dan jawatankuasa perang Kabinet Israel.

“Perasaan kami di sana ialah tiada siapa yang melakukan apa-apa untuk kami. Hakikatnya ialah saya berada di tempat persembunyian yang dibedil dan kami terpaksa diseludup keluar dan kami cedera.

“Selain helikopter yang menembak kami dalam perjalanan ke Gaza. Perkara sebenar adalah kami dibedil, hakikatnya tiada siapa yang tahu apa-apa di mana kami berada.

“Anda mendakwa bahawa terdapat risikan. Tetapi hakikatnya ialah kami dibedil. Suami saya sudah dipisahkan daripada kami tiga hari sebelum kami kembali ke Israel dan dibawa ke terowong (Hamas),” kata seorang tebusan wanita yang dibebaskan, dalam rakaman itu.

Memetik laporan Agensi Anadolu, dalam butiran pertemuan itu, tebusan yang dibebaskan oleh Hamas dan keluarga mereka bertemu dengan Benjamin Netanyahu bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri Israel itu akibat serangan udara Israel ke atas Gaza.

Seorang lagi tebusan turut menceritakan pengalamannya.

“Kami berada di dalam terowong, takut bukan disebabkan Hamas, tetapi Israel yang akan membunuh kami,” katanya.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.