Apa salah Adam, Bassem hingga ditembak mati oleh Zionis?

Apa salah Adam, Bassem hingga ditembak mati oleh Zionis?

BASSEM Abu Al-Wafa (kiri) dan Adam Samer al-Ghoul maut ditembak tentera Zionis di bandar Jenin, Tebing Barat, Palestin. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin termasuk dua kanak-kanak mati dibunuh tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki dalam serbuan baharu yang dilakukan tentera Zionis.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, kedua-dua identiti kanak-kanak lelaki itu dikenal pasti sebagai Adam Samer Al-Ghoul dan Bassem Abu Al-Wafa.

Adam, 8, dan Bassem, 15, ditembak semasa pencerobohan tentera Israel di bandar Jenin pada Rabu.

Agensi berita WAFA turut menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) detik terakhir sebelum Adam dan Bassem ditembak.

WAFA memetik saksi berkata, tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup secara langsung ke arah mangsa menyebabkan kedua-duanya rebah dan berlumuran darah.

Kedua-duanya ditembak dalam kejadian berasingan pada hari sama.

Dalam pada itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memberitahu, mereka dihalang daripada mendekati penduduk yang cedera di Jenin, namun tidak menyebut secara khusus mana-mana mangsa.

Pengarah Hospital Khalil Suleiman, Dr. Wissam Bakker berkata, tentera Israel turut bertindak biadab apabila mengepung fasiliti itu dan menghalang mana-mana mangsa yang cedera daripada memasuki unit kecemasan.

Wissam percaya, tentera Israel memang sengaja melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mangsa bawah umur itu berdasarkan tempat peluru tersebut mendarat.

“Kedua-dua budak lelaki itu ditembak di bahagian atas badan. Peluru mengenai dada dan otak mereka.

“Ini membuktikan tentera Israel memang berniat membunuh mangsa yang jelas tidak mendatangkan sebarang ancaman berbahaya,” ujarnya.

Setakat ini, hampir 240 rakyat Palestin dibunuh tentera mahupun pendatang haram Yahudi ketika keganasan semakin memuncak di Tebing Barat.

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.