Ahli Parlimen Turkiye kena serangan jantung semasa berucap kutuk kerajaan

Ahli Parlimen Turkiye kena serangan jantung semasa berucap kutuk kerajaan

HASAN Bitmez mengkritik dasar kerajaan terhadap Israel dalam ucapan di Parlimen sebelum rebah pada 12 Disember lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Seorang ahli politik pembangkang Turkiye yang mengalami serangan jantung dan rebah di Parlimen semasa ucapan mengutuk dasar kerajaan terhadap Israel dilaporkan meninggal dunia.

Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca berkata, ahli Parti Felicity atau Islamist Saadet Partisi, Hasan Bitmez meninggal dunia di hospital Ankara semalam, dua hari selepas kejadian itu.

“Anda membenarkan kapal pergi ke Israel dan anda tanpa malu menyebutnya sebagai perdagangan. Anda adalah rakan sejenayah Israel,” kata Bitmez yang menyasarkan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) pimpinan Presiden, Recep Tayyip Erdogan.

Ketika berucap Selasa lalu, Hasan turut meletakkan poster di podium dengan slogan ‘Pembunuh Israel; kolaborator AKP’.

“Walaupun anda terlepas daripada siksaan sejarah, anda tidak akan dapat lari daripada kemurkaan Tuhan,” katanya pada akhir ucapan selama 20 minit sebelum tiba-tiba rebah.

Ahli-ahli Perhimpunan Agung Kebangsaan bergegas ke hadapan dan Bitmez diberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Tokoh pembangkang lulusan Universiti Al-Azhar Kaherah itu bertugas untuk kumpulan bukan kerajaan Islam dan memegang jawatan Pengerusi Pusat Penyelidikan Kesatuan Islam.

Ucapannya menuduh kerajaan meneruskan hubungan ekonomi mesra dengan Israel semasa serangan ke atas Gaza, yang membunuh hampir 19,000 rakyat Palestin awalnya mendapat cemuhan ahli Parti AK.

Dalam satu majlis kecil di perkarangan Perhimpunan Kebangsaan, keranda Bitmez disarungkan dengan bendera Turkiye bersama bendera kecil Palestin.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya