Riyadh perluas perkhidmatan e-visa kepada semua negara - Utusan Malaysia

Riyadh perluas perkhidmatan e-visa kepada semua negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi semalam mengumumkan individu dari seluruh dunia kini boleh memohon e-visa ‘pelabur pelawat’ secara dalam talian, lapor Xinhua.

Warga asing kini boleh memohon untuk melakukan lawatan perniagaan melalui platform ‘Invest Saudi’ yang bergabung dengan Kementerian Pelaburan Saudi untuk memperoleh visa digital yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Arab Saudi.

Pemohon tidak lagi perlu mengunjungi pejabat perwakilan luar Arab Saudi untuk mendapatkan biometrik, dan visa itu mempunyai tempoh sah selama setahun, lapor Saudi Press Agency.

Kemudahan itu disediakan bagi meningkatkan pelaburan, lapor agensi itu memetik Mohammed Abahussain, setiausaha di Kementerian Pelaburan bagi Perkhidmatan Pelabur Bersepadu.

Kelayakan e-visa diperluas untuk memasukkan negara yang disenaraikan dalam platform ‘Invest Saudi’, pemegang visa pelancong atau komersial yang sah dari Amerika Syarikat (AS), Britain atau mana-mana negara Schengen dan mereka yang mempunyai kediaman tetap AS, British atau EU.

Pemegang pemastautin yang sah selama sekurang-kurangnya tiga bulan di negara anggota Majlis Kerjasama Teluk, serta mereka yang dilesenkan oleh Kementerian Pelaburan Arab Saudi dengan tiga visa segera setiap tahun boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan itu.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.