Ratusan ribu penduduk Indonesia zahir solidariti kepada Palestin

Ratusan ribu penduduk Indonesia zahir solidariti kepada Palestin

ORANG ramai menyertai perhimpunan menyokong perjuangan rakyat Palestin di Kompleks Tugu Negara di Jakarta. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ratusan ribu penduduk berhimpun di ibu negara Indonesia bagi menzahirkan solidariti mereka bersama rakyat Palestin di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas Gaza.

Lapor Arab News, Indonesia menyokong perjuangan Palestin sejak beberapa dekad lalu, dengan kerajaan dan rakyat republik itu mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas orang awam di wilayah itu.

Malah, sejak permulaan serangan Israel di Gaza pada 7 Oktober lalu, penduduk Indonesia turun ke jalanan melancarkan protes kecil untuk menunjukkan sokongan mereka, selain para aktivis juga mengisytiharkan November sebagai Bulan Solidariti Palestin.

Dalam perhimpunan itu, kebanyakan peserta perhimpunan memakai pakaian serba putih dan selendang yang melambangkan Palestin ketika mereka memenuhi dataran Tugu Negara.

Para peserta juga membawa sepanduk dan mengibarkan bendera Palestin, selain turut melaungkan slogan menyeru gencatan senjata dilaksanakan segera di Gaza dan membebaskan Palestin.

Ia sekaligus menjadikan demonstrasi pro-Palestin terbesar pernah disaksikan negara itu setakat ini.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Majlis Ulama Indonesia dengan sokongan pelbagai pertubuhan agama lain termasuk Kristian.

Demonstrasi itu dihadiri oleh beberapa pegawai kerajaan, tokoh masyarakat terkemuka dan pemimpin termasuk Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi.

“Setiap 10 minit seorang kanak-kanak terbunuh di Gaza.

“Malah, ribuan ibu bapa kehilangan anak mereka manakala beribu-ribu lagi kanak-kanak kehilangan keluarga mereka,” kata Retno ketika berucap.

Retno menegaskan beliau dan Indonesia tidak sesekali akan berhenti daripada menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

“Indonesia akan sentiasa bersama rakyat Palestin sehingga penjajah (Israel) meninggalkan Gaza.

“Palestin, kamu adalah saudara kami dan Indonesia akan sentiasa bersama anda,” katanya.

Republik itu tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, dan kerajaan Indonesia berulang kali menggesa menghentikan konflik di wilayah Palestin itu serta pelaksanaan penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya