Majoriti pegawai tentera Myanmar terlibat rogol, bunuh rakyat

Majoriti pegawai tentera Myanmar terlibat rogol, bunuh, seksa rakyat

ANGGOTA tentera Myanmar berarak pada Hari Kesatuan di Naypyidaw. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Majoriti komander kanan tentera Myanmar didakwa bertanggungjawab atas beberapa jenayah termasuk rogol, penyeksaan, pembunuhan dan kehilangan paksa yang dilakukan di bawah arahan mereka antara tahun 2011 dan 2023.

Perkara itu didedahkan dalam kajian baharu yang dijalankan terhadap dakwaan jenayah perang di Myanmar.

Lapor The Guardian, berdasarkan kajian itu, ramai antara komander kanan berkenaan dikatakan memegang jawatan politik berkuasa di negara itu.

Kajian itu dijalankan oleh Security Force Monitor (SFM), sebuah projek dikendalikan oleh Institut Hak Asasi Manusia Sekolah Undang-Undang Columbia.

Laporan kajian itu mendedahkan sebanyak 64 peratus atau 51 daripada 79 komander kanan tentera Myanmar bertanggungjawab terhadap jenayah perang.

Malah, laporan itu turut mendakwa Timbalan Perdana Menteri Myanmar, Jeneral Mya Tun Oo yang merupakan bekas menteri pertahanan melakukan pencabulan hak asasi yang paling serius.

Menurut SFM, kajian itu bertujuan menyiasat dan mengheret pelaku untuk pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh tentera Myanmar terhadap penunjuk perasaan dan orang awam.

“Akhirnya, kajian ini bertujuan menyokong usaha menyampaikan akauntabiliti antarabangsa bagi dakwaan jenayah perang dilakukan oleh tentera Myanmar,” kata penyelidik utama kajian dan pengarah SFM, Tony Wilson.

Sudah enam tahun berlalu sejak tindakan kekerasan tentera Myanmar di negeri Rakhine memaksa lebih 750,000 penduduk Rohingya beragama Islam menyeberangi sempadan ke kem pelarian di Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan keganasan tentera Myanmar terhadap etnik minoriti Rohingya sebagai `penghapusan etnik’, dengan menyaksikan seluruh kampung dimusnahkan, puluhan ribu terbunuh serta wanita dan kanak-kanak dirogol beramai-ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN