Kilang besi Jepun tular jual tukul bentuk pisang - Utusan Malaysia

Kilang besi Jepun tular jual tukul bentuk pisang

TUKUL keluli pisang keluaran kilang besi Ikeda di Hiroshima, Jepun.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar.

Kilang besi Ikeda yang berpangkalan di Hiroshima kerap tular kerana mencipta pelbagai jenis produk aneh termasuk robot yang diilhamkan daripada watak anime, patung dan replika logam realistik pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pada 2019, kilang itu menjadi tajuk utama negara selepas melancarkan prototaip tukul pisang pertama yang dimodelkan seakan pisang sebenar yang ditanam di Filipina.

Syarikat itu turut mengeluarkan video promosi yang mempamerkan cara penggunaan tukul keluli pisang itu dan keupayaannya berfungsi dengan baik dalam persekitaran melampau sehingga 1,000 darjah Celsius.

Tukul pisang tersebut kemudian menjadi sangat popular sehingga syarikat berkenaan memutuskan untuk mengkomersialkan produk itu dan menjual versi mini yang juga dimodelkan mengikut bentuk pisang yang lebih kecil.

Tukul aneh itu juga boleh digunakan sebagai pemberat kertas.

Kedua-dua tukul pisang besar dan versi mini itu kini boleh dibeli secara dalam talian pada harga 11,877 yen (RM375) dan 3,287 yen (RM103.80).-AGENSI

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.