Afrika Selatan gesa ICC keluar waran tangkap buat Netanyahu - Utusan Malaysia

Afrika Selatan gesa ICC keluar waran tangkap buat Netanyahu

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRETORIA: Kerajaan Afrika Selatan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menjelang pertengahan Disember ini.

Menurut Menteri tanpa portfolio negara itu, Khumbudzo Ntshavheni, jika ICC tidak berbuat demikian, maka ia menggambarkan ‘kegagalan sepenuhnya’ mahkamah itu bagi menangani isu global.

“Dunia tidak boleh terus berpeluk tubuh dan melihat (kezaliman) regim Zionis terhadap penduduk Palestin,” tegas beliau.

Israel mendakwa mereka hanya mempertahankan diri mereka sejak serangan yang dimulakan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu menyebabkan 1,200 rakyatnya terkorban, selain 240 lagi menjadi tebusan pasukan pejuang Palestin itu.

Walaupun tentera Israel mendakwa akan berusaha mengurangkan jumlah kematian orang awam, hakikatnya paling ramai yang terkorban adalah kanak-kanak dan wanita.

Ntshavheni menegaskan, ternyata jelas matlamat kerajaan Israel adalah untuk ‘menghapuskan rakyat Palestin di Gaza dan menakluk wilayah itu’.

Afrika Selatan bersama-sama negara lain seperti Bangladesh, Bolivia, Comoros dan Djibouti sudah mengemukakan permohonan kepada ICC untuk membuka siasatan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Afrika Selatan juga mengumumkan keputusan memanggil semula diplomatnya di Israel dan mencadangkan kedudukan Duta Israel di Pretoria sudah seperti ‘sukar dipertahankan atau dikekalkan’ ekoran tekanan yang dikenakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya