11 orang patah tulang belakang selepas kunjungi pusat trampolin

11 orang patah tulang belakang selepas kunjungi pusat trampolin

DAVID Shuttleworth dan Matthew Melling mengaku bersalah atas kesalahan berkaitan kesihatan dan keselamatan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dua bekas pemilik pusat trampolin bakal berdepan hukuman penjara selepas mengaku bersalah melanggar peraturan kesihatan dan keselamatan sehingga menyebabkan 11 pengunjung patah tulang belakang.

Antara mangsa terbabit termasuk tiga pengunjung patah tulang belakang selepas melompat dari menara setinggi 3.96 meter ke dalam lubang dipenuhi buih di Flip Out Chester dalam tempoh sehari pada tahun 2017.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan terhadap pusat trampolin yang tidak terkawal.

Puluhan pengunjung pusat trampolin itu dilaporkan mengalami kecederaan hampir setiap hari.

Malah, Daily Mail melaporkan hospital tempatan memberi amaran bahawa pakar bedah mereka berdepan tekanan disebabkan kejadian berkenaan.

Mangsa cedera menyambut baik cadangan hukuman penjara dan menegaskan pusat trampolin itu tidak selamat.

David Shuttleworth dan Matthew Melling mengaku bersalah atas kesalahan membabitkan kesihatan dan keselamatan di Mahkamah Chester Crown bulan lalu.

Syarikat yang menguruskan pusat trampolin itu sudah ditutup tahun lalu dan Flip Out Chester kini dikendalikan oleh pemegang francais baharu.

David dan Matthew mengaku gagal menghalang pengunjung dari terdedah kepada risiko bahaya dan boleh berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun serta denda tinggi selepas mereka kembali mendengar keputusan hukuman dalam perbicaraan seterusnya.

Tuduhan itu berkaitan dengan siasatan ke atas 270 kemalangan dalam tempoh tujuh minggu antara Disember 2016 dan Februari 2017.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.