Zionis serang Palestin, dunia senyap, Hamas serang Israel, dunia 'melenting' - Utusan Malaysia

Zionis serang Palestin, dunia senyap, Hamas serang Israel, dunia ‘melenting’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Negara-negara Barat lantang mengecam serangan yang dilakukan pergerakan Hamas di wilayah Israel apabila menyifatkannya sebagai ‘tindakan keganasan’.

Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell menegaskan serangan itu perlu dihentikan segera kerana keganasan tidak menyelesaikan apa-apa.

Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock menyatakan ‘Hamas menyumbang kepada keganasan yang tidak sepatutnya’ dan Israel memperoleh solidariti penuh daripada komuniti antarabangsa.

Katanya, Israel mempunyai hak yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa.

Selain itu, Menteri Luar Britain, James Cleverly turut mengutuk serangan tersebut.

Pemimpin Barat lain yang mengecam tindakan tersebut termasuk Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte.

Terdahulu, Hamas melancarkan serangan terbesar menerusi lebih 5,000 roket ke wilayah Israel.

Serangan itu bertujuan menamatkan penindasan rejim Zionis terhadap tanah dan rakyat Palestin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN