Wanita tinggal di bandar udara tercemar risiko tinggi hidap kanser payudara - Utusan Malaysia

Wanita tinggal di bandar udara tercemar risiko tinggi hidap kanser payudara

KIRA-kira 55,000 wanita didiagnosis penyakit kanser payudara setiap tahun di UK. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendedahkan wanita yang tinggal di bandar mempunyai pencemaran udara teruk, lebih berisiko menghidap kanser payudara berbanding disangkakan sebelum ini.

Lapor Daily Mail, kajian sebelum ini mendakwa golongan wanita yang menetap di kawasan bandar adalah lapan peratus lebih berkemungkinan dihidap kanser payudara berbanding mereka di kawasan luar bandar.

Malah, penyakit itu dipercayai dicetuskan oleh udara tercemar yang memasuki saluran darah.

Namun, data kajian terbaharu dari Perancis itu mengesyorkan angka diberikan sebelum ini mungkin telah `memperkecilkan’ masalah tersebut.

Data kajian itu mendakwa peningkatan sebenar dalam purata bandar Eropah sebenarnya boleh mencecah 28 peratus.

Beberapa pakar di United Kingdom (UK) berpandangan penyelidikan perlu dilakukan segera untuk mengesan zarah pencemaran yang mencetuskan kanser dan penyelesaian terbaik untuk mengehadkan pendedahan kepada golongan wanita.

“Isu ini amat membimbangkan mengambil kira zarah-zarah pencemar kecil yang terdapat di udara.

“Walaupun kita sedar zarah mikroplastik saiz sama ini memasuki persekitaran namun kita masih belum memahami potensinya yang boleh menggalakkan penyakit kanser.

“Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk melakukan kajian makmal bagi menyiasat kesan zarah pencemar udara yang kecil ini,” kata Timbalan Pengarah Institut Francis Crick, Prof. Charles Swanton.

Kira-kira 55,000 wanita didiagnosis dengan kanser payudara setiap tahun di UK.

Minggu lalu, penyelidik Perancis yang berpangkalan di Lyon berpandangan kajian dilakukan sebelum ini tidak mempertimbangkan isu pencemaran di tempat kerja wanita.

Kajian penyelidik Perancis itu turut mengambil kira rekod kesihatan kira-kira 6,000 wanita antara tahun 1990 dan 2011.

“Data kami menunjukkan wujudnya kaitan signifikan antara pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara zarah halus (di kawasan kediaman serta tempat kerja) dan risiko kanser payudara,” kata pakar dari Leon Berard Comprehensive Cancer Centre, Prof. Beatrice Fervers.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya