NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menerima resolusi menyeru gencatan senjata atas dasar kemanusiaan dilaksanakan segera di Gaza.
Resolusi yang dikemukakan oleh Jordan bagi pihak negara Arab menerima sokongan majoriti yang besar.
Lapor BBC, resolusi itu turut mengecam semua tindakan keganasan terhadap orang awam di Gaza dan Israel termasuk serangan yang dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Menurut laporan, resolusi itu diluluskan pada Sidang Khas Tergempar ke-10.
Resolusi itu diluluskan dengan 120 undi menyokong, 14 membantah manakala 45 berkecuali.
Resolusi tersebut turut menggesa bantuan kemanusiaan dan perkhidmatan penting sampai ke Semenanjung Gaza tanpa sebarang halangan.