Seorang maut, 11 hilang tanah runtuh di China

Seorang maut, 11 hilang tanah runtuh di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIANGXI: Seorang maut manakala 11 lagi masih hilang selepas hujan lebat mencetuskan kejadian tanah runtuh di sebuah bandar di wilayah Jiangxi, China, awal pagi Sabtu.

Pihak berkuasa tempatan berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi di Gaoping, daerah Suichuan, susulan hujan lebat yang dibawa Taufan Saudel.

Tanah runtuh itu merosakkan 12 rumah, menurut kenyataan pihak berkuasa daerah berkenaan.

Penyiar negara, CCTV, melaporkan lebih 10 orang turut terperangkap selepas tanah runtuh melanda kawasan berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×