Sejuta orang kehilangan tempat tinggal di Gaza - PBB

Sejuta orang kehilangan tempat tinggal di Gaza – PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kira-kira sejuta penduduk sudah meninggalkan kediaman mereka di Gaza.

Lapor Al Jazeera, angka itu merangkumi hampir separuh daripada keseluruhan populasi enklaf yang dikepung.

Berdasarkan laporan kemas kini PBB, jumlah penduduk meninggalkan kediaman itu termasuk kira-kira 352,000 orang yang mencari perlindungan di beberapa sekolah dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di tengah dan selatan Gaza.

Laporan kemas kini itu turut menggambarkan situasi di dalam sekolah kendalian UNWRA semakin teruk.

Menurut PBB, sebuah sekolah kendalian UNWRA di kem pelarian al-Maghazi, tengah Gaza yang melindungi kira-kira 4,000 pelarian dilaporkan terkena semasa serangan udara Israel sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN