Perlu 100 trak sehari masuk Gaza untuk jamin keperluan - Utusan Malaysia

Perlu 100 trak sehari masuk Gaza untuk jamin keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Konvoi 17 trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza pada hari Ahad ketika Israel meningkatkan serangan bom terhadap wilayah Palestin itu.

Perkembangan itu meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan perang itu terus berlanjutan, terutama dengan pembabitan Hizbullah bagi menyokong Hamas menentang Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengingatkan Hizbullah yang terbabit dalam pertempuran di Lubnan, bahawa jika mereka campur tangan, maka itu akan menjadi ‘kesilapan besar dalam hidup mereka’.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekitar 100 trak setiap hari diperlukan untuk memenuhi keperluan 2.4 juta penduduk Gaza yang dilanda ‘malapetaka’.

Ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin mengingatkan bahawa bekalan bahan api akan habis dalam tiga hari.

“Tanpa bahan api, tidak akan ada bantuan kemanusiaan,” kata Philippe Lazzarini seperti dilaporkan AFP.

Kesemua hospital di seluruh Semenanjung Gaza juga kehabisan simpanan bahan api untuk menjana elektrik kecemasan, meletakkan nyawa ribuan pesakitnya dalam risiko.

Menurut jurucakap kesihatan Gaza, perkembangan itu memburukkan lagi keadaan dan ia jelas satu kezaliman kemanusiaan terhadap penduduk Gaza.

Kini, satu persatu hospital mungkin menutup operasinya, kerana tiada bekalan elektrik yang sangat diperlukan bagi penjanaan hampir kesemua peralatan perubatan, termasuk untuk melakukan pembedahan kecemasan.

Bukan itu Selain itu, bekalan perubatan yang baru tiba juga masih jauh dari mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk Gaza yang semakin meningkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN