PBB desak Hamas, Israel lakukan gencatan senjata dua minggu - Utusan Malaysia

PBB desak Hamas, Israel lakukan gencatan senjata dua minggu

SETIAUSAHA Agung PBB, Antonio Guterres. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mendesak Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata kemanusiaan selama dua minggu.

Tempoh gencatan itu akan membolehkan badan dunia itu mendapatkan akses bahan bakar, bekalan air, makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Desakan ini dibuat ketika sidang media bersama Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry di Kaherah.

“Dalam bencana kemanusiaan ini, saya menyeru dua tindakan kemanusiaan segera.

“Kepada Hamas, untuk melepaskan tahanan tanpa syarat dengan segera. Kepada Israel, untuk membenarkan akses kemanusiaan tanpa had dengan segera bagi memberi bantuan keperluan asas penduduk di Gaza,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN