Netanyahu nafi gencatan senjata bakal dilakukan di selatan Gaza - Utusan Malaysia

Netanyahu nafi gencatan senjata bakal dilakukan di selatan Gaza

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Laporan sebelum ini menyatakan Mesir, Amerika Syarikat (AS) dan Israel bersetuju melaksanakan gencatan senjata di selatan Gaza bermula pukul 9 pagi waktu tempatan, selepas lintasan Rafah dibuka semula.

Persetujuan itu membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk Gaza.

Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak perjanjian tersebut, malah menafikannya.

“Ketika ini, tiada sebarang persetujuan gencatan senjata atau bantuan kemanusiaan di Gaza sebagai pertukaran untuk membawa keluar warga asing dari wilayah itu.

Sumber Mesir berkata gencatan senjata akan berlangsung selama beberapa jam tetapi mereka tidak jelas mengenai tempoh sebenar.

Mereka juga berkata ketiga-tiga negara telah bersetuju bahawa Rafah akan dibuka sehingga 1400 GMT (5 petang waktu tempatan atau 10 malam waktu Malaysia) hari ini sebagai permulaan.

Sumber keselamatan dan sumber NGO di Al-Arish berkata bahawa trak bantuan masih menunggu di sana selepas pembukaan semula.

Mesir sebelum ini berkata lintasan itu tetap dibuka dari pihak Mesir sejak beberapa hari kebelakangan ini, tetapi tidak dapat beroperasi kerana pengeboman Israel ke atas pihak Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN