Mesir tolak pemindahan penduduk Palestin ke Sinai - Utusan Malaysia

Mesir tolak pemindahan penduduk Palestin ke Sinai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menegaskan negara itu menolak langkah pemindahan secara paksa membabitkan jutaan rakyat Palestin ke Sinai.

Abdel Fattah berkata, tindakan tersebut hanya akan mendedahkan semenanjung itu sebagai pangkalan untuk serangan terhadap Israel.

“Semenanjung Gaza adalah di bawah kawalan Israel dan rakyat Palestin sebaliknya boleh dipindahkan ke padang pasir Negev Israel sehingga isu peperangan ditangani,” katanya pada sidang media bersama Canselor Jerman, Olaf Scholz di Kaherah.

Pengeboman dan sekatan Israel yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menimbulkan kebimbangan bahawa 2.3 juta penduduknya berkemungkinan dipaksa berpindah ke selatan ke Sinai.

Pada masa sama, Abdel Fattah berkata, tindakan memaksa penduduk awam di Gaza berhijrah ke Mesir tidak sepatutnya diterima.

“Mesir menolak sebarang percubaan untuk menyelesaikan isu Palestin melalui cara ketenteraan atau melalui pemindahan secara paksa rakyat Palestin dari tanah mereka, yang akan mengorbankan negara di rantau itu,” katanya.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN